Wednesday 28 December 2011

PENGUMUMAN

Produk MINSYAM kini boleh juga didapati daripada ejen-ejen  terbaru kami di Taman Scientex, Pasir Gudang (Cik Adihasiah 017-7508081) dan di Larkin Perdana (En. Hassan Kassim 019-7536400). Boleh hubungi untuk dapatkan maklumat lanjut. Terima kasih.

Monday 14 November 2011

PAKEJ TERBARU

PAKEJ TERBARU:

6 paket Softgel Habbatus Sauda GOLD + 6 paket Softgel Minyak Zaitun RM132. Penghantaran percuma bagi pengguna sekitar bandar Johor Bahru. Bagi pengguna di luar bandar Johor Bahru penghantaran secara pos disediakan (caj penghantaran akan dikenakan). Berminat boleh hubungi Adihaslinah atau sms di 0197573137 juga boleh email saya di adihaslinah@gmail.com

6 paket Habbatus Sauda GOLD + 6 paket Minyak Zaitun

Friday 4 November 2011

PAKEJ PERCUBAAN

PROMOSI ,
Dapatkan segera (3 paket Habbatus Sauda GOLD + 3 paket minyak zaitun + 1 botol losyen zaitun) RM86. Pembelian 2 set dan keatas penghantaran percuma ke sekitar bandar Johor Bahru.kami juga menyediakan perkhidmatan penghantaran secara pos bagi pengguna di luar bandar Johor Bahru (caj penghantaran akan dikenakan). Sila hubungi/sms Adihaslinah 0197573137 @ email adihaslinah@gmail.com

3 paket Habbatus sauda GOLD + 3 paket minyak zaitun + 1 botol losyen zaitun



Monday 31 October 2011

KHASIAT & KELEBIHAN BUAH ZAITUN


POKOK ZAITUN

Buah zaitun atau nama saintifiknya dikenali sebagai 'olea europea' banyak ditanam di kawasan Mediteranean. Tinggi pokok ini kira-kira tiga meter, mempunyai daun berwarna hijau terang dan buahnya apabila masak berwarna ungu kehitaman. Buah zaitun ini amat kaya dengan vitamin A, B1, B2, C, D, E, K dan zat besi. Kawasan penanaman yang utama ialah di Sepanyol, Turki, Itali, Tunisia dan Morocco. Buah zaitun yang paling baik kualitinya ialah yang dihasilkan di Greece. Manakala, Sepanyol dan Itali merupakan pengeluar minyak zaitun terbesar. Namun begitu 40% daripada minyak zaitun yang dijual di negara tersebut adalah berasal dari Syria.
Di dalam surah an Nur ayat 35 Allah ada menyebut tentang pokok zaitun ini, maksud ayat
“Allah (memberi) cahaya (kepada) langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah adalah seperti lubang yang tak tembus yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam kaca dan kaca itu seakan-akan (bintang yang bercahaya) seperti mutiara yang menyalakan minyak dari pohon yang banyak berkahnya, iaitu pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur (sesuatu) dan tidak pula di sebelah baratnya yang minyaknya sahaja menerangi walaupun tidak disentuh api"

 Minyak zaitun dipercayai mempunyai banyak khasiat, melalui kajian-kajian yang telah dilakukan dari zaman dahulu hingga sekarang. Mengikut Bapa Kedoktoran Moden, Socrates menyarankan agar kita mengambil jus segar zaitun untuk menyembuhkan gangguan mental dan masalah pencernaan. Selain itu, ada kajian menunjukkan minyak zaitun merupakan antioksida yang diperlukan untuk memerangi LDL kolesterol yang menyumbat arteri jantung, penyebab utama kepada serangan jantung.Hasil kajian oleh Dr.. Dimitnios Tnichopoulos Ketua Jabatan Epideminologi, Universiti Harvard menunjukkan penggunaan minyak zaitun dalam jumlah yang banyak dapat menurunkan risiko kanser payudara sehingga lima puluh peratus.

BUAH ZAITUN
Melalui kajian-kajian sains semasa mendapati minyak zaitun mempunyai nilai yang tinggi dalam bidang perubatan. Sekiranya diambil sebagai bahan makanan, ia bertindak sebagai penambah zat makanan, mencuci dan membaik pulih perut dan menjadi penawar racun.Manakala, jika ia diambil sebagai sapuan luaran, minyak zaitun akan bertindak sebagai pelicin dan pelembut kepada kulit yang mengalami ekzema dan seterusnya dapat meremajakan kulit. Riwayat At Tarmizi dan Ibn Majah "Makanlah minyak zaitun, dan sapulah kulitmu dengannya kerana ia datang dari pohon yang diberkati". Oleh itu, tidak dapat di sangkal lagi keistimewaan buah zaitun yang dapat menghasilkan pelbagai barangan pada masa kini untuk kegunaan ramai. Justeru, khasiat yang terdapat pada buah zaitun merupakan anugerah Allah ke atas hamba-hambaNya yang amat bernilai untuk dimanfaatkan kerana bukan sahaja buah zaitun ada disebut di dalam Al-Quran, malah pakar-pakar sains juga mengiktiraf akan keistimewaannya.

KAPSUL MINYAK ZAITUN EXTRA VIRGIN SYRIA


1 KOTAK (12 PAKET) RM120
1 PAKET 20 KAPSUL


KHASIAT
* Mengurangkan kadar kolesterol
* Menghindari penyakit Kardiovaskular dan Arteriosclerosis
* Mengelakkan pembentukan batu hempedu
* Membantu penghadaman dan mengurangkan ulser perut
*Antioksidan dan antikanser
* Membantu meningkatkan metabolisme tubuh, pertumbuhan tulang dan tubuh yang baik (khasnya bagi kanank-kanak)
*Menstabilkan asid lemak


CARA PENGGUNAAN
Dos yang dicadangkan ialah 2 biji kapsul setiap hari selepas makan. Sebaiknya diambil sebelum tidur.


HARGA JUALAN
RM10.00 / Paket (Semenanjung)
RM10.50 / Paket (Sabah & Sarawak)



OLIVE LOSYEN DENGAN LAVENDER & ROSEMARY

OLIVE LOSYEN 100ml

Olive Losyen dengan wangian lavender dan rosemary adalah merupakan produk yang dihasilkan khusus untuk kegunaan luaran. Olive Losyen dihasilkan dengan menggunakan minyak zaitun murni dari negara Syria. Kombinasi wangian di antara Lavender & Rosemary dapat memberikan anda kesegaran sepanjang hari. Gunakan Olive Losyen untuk mendapatkan rambut yang cantik dan kulit yang lembut.

Nabi SAW bersabda: 'Makanlah minyak zaitun serta berminyaklah dengannya, kerana ia dapat merawat 70 penyakit, termasuk kusta' (At-Tibb Abu Nuaim)

KHASIAT
* Digunakan untuk melembapkan kulit
* Melambatkan uban
* Mengurangkan rekahan kulit bagi wanita mengandung
* Sangat baik digunakan sebagai minyak bayi
* Mengurangkan risiko kanser kulit
* Membantu meremajakan kulit

CARA PENGGUNAAN
Picit dan sapukan pada kulit dan rambut setiap kali selepas mandi atau sebelum tidur.

HARGA JUALAN
RM20.00 / botol (Semenanjung)
RM21.00 / botol (Sabah & Sarawak)

BERMINAT BOLEH HUBUNGI SAYA DI adihaslinah@gmail.COM, 019-7573137

Thursday 27 October 2011

KHASIAT & KEBAIKAN HABBATUS SAUDA'


HABBATUS SAUDA'

Nabi saw bersabda: "Kekallah kamu dengan habbatussauda kerana padanya itu penawar bagi segala penyakit kecuali mati" (Riwayat Bukhari)


Habbatus sauda merupakan sejenis tumbuhan yang banyak didapati di kawasan Mediterranean dan kawasan yang beriklim gurun. Juga dikenali dengan nama saintifiknya, Nigella Sativa. Habbatus sauda' telah digunakan secara tradisional oleh penduduk Syria, Roman dan Mesir purba sebagai ramuan kepada beberapa rawatan untuk pelbagai jenis penyakit dan juga untuk penjagaan kulit dan rambut.
Dalam buku 'The Canon of Medicine' oleh Ibnu Sina ada merujuk kepada Habbatus sauda' sebagai 'biji yang mempertingkatkan tenaga badan dan membantu dalam memulihkan kelesuan dan lemah semangat'. Manakala Ibnu Qayyim didalam bukunya 'Medicine of the Prophet' ada menyatakan Habbatus sauda' boleh membantu memulihkan penyakit seperti masalah perut, batuk, bronkitis, kecacingan, masalah kulit, sakit senggugut dan haid, menambah susu badan, menambah pengaliran air liur dan sebagainya.

BAGAIMANA HABBATUS SAUDA' BERTINDAK?
- Mengeluarkan penyakit (bersifat medikal)
- Menenangkan badan supaya beristirehat
- Menyedia dan melengkapkan proses pembaikan sel dalm badan
- Melambatkan proses penuaan


Kapsul Minyak Habbatus Sauda Syria GOLD

1 kotak (12 paket) RM144

1 paket 20 kapsul

MINSYAM memilih untuk meningkatkan kualiti minyak Habbatus sauda' dengan memperkenalkan minyak Habbatus sauda' emas. Minyak dari perahan sejuk ini dihasilkan melalui teknik perahan yang menggunakan kehangatan rendah iaitu pada 25 darjah celcius. Tidak dinafikan sekiranya terdapat unsur panas semasa proses perahan dilakukan, maka minyak yang dihasilkan akan lebih banyak. Namun demikian, ciri-ciri rasa, khasiat dan warna akan berubah.
Ini terbukti apabila minyak Habbatus sauda' yang menggunakan teknik perahan sejuk dihasilkan dalam warna kuning keemasan, berbanding teknik perahan panas yang berwarna gelap. Ini memberi peluang kepada pengguna untuk membuat pilihan bijak dengan mendapatkan produk yang lebih baik dan bermutu pada harga berpatutan.

KHASIAT:
*Meningkatkan sistem imuniti (daya tahan badan)
*Mengurangkan risiko sakit jantung
*Memusnahkan tumor dan mengurangkan risiko pertumbuhan tumor
*Mencegah dan merawat kanser payudara
*Merawat asma
*Meningkatkan pertumbuhan sel darah merah
*Merawat kanser pankreas
*Anti radang dan rheumatism
*Mengurangkan migrain
*Mengatasi masalah keputihan
*Menggalakan pengeluaran susu ibu
*Mengatasi masalah sembelit
*Mengurangkan paras gula dalam darah
Dan banyak lagi...


CARA PENGGUNAAN:
Cadangan 2 biji kapsul setiap hari selepas atau sebelum sarapan


HARGA JUALAN:
RM12.00/ paket 20 kapsul(Semenanjung)
RM12.50/ paket 20 kapsul(Sabah & Sarawak)

Berminat boleh hubungi saya di adihaslinah@gmail.com, 019-7573137

PRODUK AMALAN & PEMAKANAN SUNNAH


"PRODUK AMALAN DAN PEMAKANAN SUNNAH" merupakan teras kepada usaha untuk memperkenalkan produk-produk yang berasaskan amalan dan pemakanan yang telah disebutkan serta dianjurkan oleh Al-Quran dan juga As-Sunnah.
Setiap perkara yang dianjurkan oleh Al-Quran mahupun As-Sunnah tentunya disana mempunyai nilai yang tinggi. Di samping itu juga, ganjaran yang berupa pahala tentunya diberikan bagi mereka yang meyakini serta mengamalkan apa yang telah disarankan tersebut.
Justeru itu kami berusaha memperkenalkan produk-produk seperti kapsul minyak habbatus sauda, kapsul minyak zaitun, extra virgin olive oil dan losyen zaitun.