POKOK ZAITUN |
Buah zaitun atau nama saintifiknya dikenali sebagai 'olea europea' banyak ditanam di kawasan Mediteranean. Tinggi pokok ini kira-kira tiga meter, mempunyai daun berwarna hijau terang dan buahnya apabila masak berwarna ungu kehitaman. Buah zaitun ini amat kaya dengan vitamin A, B1, B2, C, D, E, K dan zat besi. Kawasan penanaman yang utama ialah di Sepanyol, Turki, Itali, Tunisia dan Morocco. Buah zaitun yang paling baik kualitinya ialah yang dihasilkan di Greece. Manakala, Sepanyol dan Itali merupakan pengeluar minyak zaitun terbesar. Namun begitu 40% daripada minyak zaitun yang dijual di negara tersebut adalah berasal dari Syria.
Di dalam surah an Nur ayat 35 Allah ada menyebut tentang pokok zaitun ini, maksud ayat“Allah (memberi) cahaya (kepada) langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah adalah seperti lubang yang tak tembus yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam kaca dan kaca itu seakan-akan (bintang yang bercahaya) seperti mutiara yang menyalakan minyak dari pohon yang banyak berkahnya, iaitu pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur (sesuatu) dan tidak pula di sebelah baratnya yang minyaknya sahaja menerangi walaupun tidak disentuh api"
Minyak zaitun dipercayai mempunyai banyak khasiat, melalui kajian-kajian yang telah dilakukan dari zaman dahulu hingga sekarang. Mengikut Bapa Kedoktoran Moden, Socrates menyarankan agar kita mengambil jus segar zaitun untuk menyembuhkan gangguan mental dan masalah pencernaan. Selain itu, ada kajian menunjukkan minyak zaitun merupakan antioksida yang diperlukan untuk memerangi LDL kolesterol yang menyumbat arteri jantung, penyebab utama kepada serangan jantung.Hasil kajian oleh Dr.. Dimitnios Tnichopoulos Ketua Jabatan Epideminologi, Universiti Harvard menunjukkan penggunaan minyak zaitun dalam jumlah yang banyak dapat menurunkan risiko kanser payudara sehingga lima puluh peratus.
BUAH ZAITUN |
Melalui kajian-kajian sains semasa mendapati minyak zaitun mempunyai nilai yang tinggi dalam bidang perubatan. Sekiranya diambil sebagai bahan makanan, ia bertindak sebagai penambah zat makanan, mencuci dan membaik pulih perut dan menjadi penawar racun.Manakala, jika ia diambil sebagai sapuan luaran, minyak zaitun akan bertindak sebagai pelicin dan pelembut kepada kulit yang mengalami ekzema dan seterusnya dapat meremajakan kulit. Riwayat At Tarmizi dan Ibn Majah "Makanlah minyak zaitun, dan sapulah kulitmu dengannya kerana ia datang dari pohon yang diberkati". Oleh itu, tidak dapat di sangkal lagi keistimewaan buah zaitun yang dapat menghasilkan pelbagai barangan pada masa kini untuk kegunaan ramai. Justeru, khasiat yang terdapat pada buah zaitun merupakan anugerah Allah ke atas hamba-hambaNya yang amat bernilai untuk dimanfaatkan kerana bukan sahaja buah zaitun ada disebut di dalam Al-Quran, malah pakar-pakar sains juga mengiktiraf akan keistimewaannya.
KAPSUL MINYAK ZAITUN EXTRA VIRGIN SYRIA
1 KOTAK (12 PAKET) RM120 |
1 PAKET 20 KAPSUL |
KHASIAT
* Mengurangkan kadar kolesterol
* Menghindari penyakit Kardiovaskular dan Arteriosclerosis
* Mengelakkan pembentukan batu hempedu
* Membantu penghadaman dan mengurangkan ulser perut
*Antioksidan dan antikanser
* Membantu meningkatkan metabolisme tubuh, pertumbuhan tulang dan tubuh yang baik (khasnya bagi kanank-kanak)
*Menstabilkan asid lemak
CARA PENGGUNAAN
Dos yang dicadangkan ialah 2 biji kapsul setiap hari selepas makan. Sebaiknya diambil sebelum tidur.
HARGA JUALAN
RM10.00 / Paket (Semenanjung)
RM10.50 / Paket (Sabah & Sarawak)
OLIVE LOSYEN DENGAN LAVENDER & ROSEMARY
OLIVE LOSYEN 100ml |
Olive Losyen dengan wangian lavender dan rosemary adalah merupakan produk yang dihasilkan khusus untuk kegunaan luaran. Olive Losyen dihasilkan dengan menggunakan minyak zaitun murni dari negara Syria. Kombinasi wangian di antara Lavender & Rosemary dapat memberikan anda kesegaran sepanjang hari. Gunakan Olive Losyen untuk mendapatkan rambut yang cantik dan kulit yang lembut.
Nabi SAW bersabda: 'Makanlah minyak zaitun serta berminyaklah dengannya, kerana ia dapat merawat 70 penyakit, termasuk kusta' (At-Tibb Abu Nuaim)
KHASIAT
* Digunakan untuk melembapkan kulit
* Melambatkan uban
* Mengurangkan rekahan kulit bagi wanita mengandung
* Sangat baik digunakan sebagai minyak bayi
* Mengurangkan risiko kanser kulit
* Membantu meremajakan kulit
CARA PENGGUNAAN
Picit dan sapukan pada kulit dan rambut setiap kali selepas mandi atau sebelum tidur.
HARGA JUALAN
RM20.00 / botol (Semenanjung)
RM21.00 / botol (Sabah & Sarawak)
BERMINAT BOLEH HUBUNGI SAYA DI adihaslinah@gmail.COM, 019-7573137